Diet atkins merupakan salah satu jenis diet rendah karbohidrat yang dipercayai berkesan untuk turunkan berat badan. Prinsip diet ini menerapkan pola permakanan rendah karbohidrat namun kaya akan lemak. Jadi, mereka yang melakukan diet atkins tetap boleh mengamalkan sosej, hamburger dan sejenisnya, asalkan menghindari karbohidrat. Pola diet ini diciptakan pada tahun 1960an oleh ahli jantung Robert Atkins.
Menurutnya, karbohidrat adalah penyebab berbagai gangguan kesihatan dan penambahan berat badan. Itu sebabnya, pola permakanan yang mengfokuskan pada lemak, sedikit protein dan sedikit karbohidrat dipercaya berkesan turunkan berat badan dan berbagai risiko kesihatan. “Tujuan diet Atkins adalah mengubah metabolisme anda. Anda membakar lemak tubuh yang tersimpan, bukan karbohidrat, untuk tenaga,” kata Maxine Smith, ahli diet diiktiraf dari Cleveland Clinic. Sayangnya, pola diet ini tidak sesuai untuk semua orang dan boleh menimbulkan risiko kesihatan.
Cara kerja diet atkins
Diet Atkins tidak membataskan jumlah lemak yang boleh kita makan. Kita juga tidak perlu mengira kalori atau mengukur hidangan makanan kita. Tapi, kita perlu menghitung jumlah karbohidrat yang kita ambil. Diet Atkins sangat membataskan pengambilan karbohidrat, terutama pada tahap awal. “Biasanya, tubuh anda menggunakan karbohidrat sebagai bahan bakar. Ketika anda tidak makan karbohidrat, tubuh mengubahnya menjadi simpanan lemak, yang diuraikan oleh hati,” ucap Smith. Proses ini menciptakan keton, yang kemudian dapat digunakan tubuh untuk tenaga.
Kelebihan diet atkins Banyak orang menyukai pola diet ini kerana memiliki kelebihan berikut:
1. Tidak menyebabkan kelaparan
Protein dan lemak menekan nafsu makan. Jadi, pola makan ini akan membuat kita merasa kenyang lebih lama.
2. Mengurangkan kalori
Jika kita membatasi karbohidrat, kita sekaligus mengurangkan pengambilan makanan tidak sihat, seperti roti putih, gula dan gorengan. Hal ini juga membuat penyerapan kalori ke seluruh tubuh berkurang sehingga berat badan pun turun.
3. Mengawal gula dalam darah
Mengurangkan pengambilan karbohidrat juga membantu mengawal gula dalam darah, terutama pada penghidap diabetes.
Risiko diet atkins meskipun boleh membantu menurunkan berat badan, pola diet ini boleh menimbulkan bahaya kesihatan berikut:
- Sakit kepala
- Pusing
- Tubuh jadi lemah
- Kelelahan
- Sembelit.
Jenis diet ini tidak sesuai untuk semua orang, terutama orang dengan penyakit ginjal parah, ibu hamil dan ibu menyusu. Kerana itu, kita perlu mendapatkan dengan doktor sebelum mempraktikannya.
Sumber- Kompas.com