Tiga beradik di Gersik, Jawa Timur, Indonesia menjadi tular apabila kesemua mereka mempunyai akhiran nama yang unik iaitu Dot Com.
Ktiga-tiga mereka itu dikenali dengan nama Salsabila Shofwah Alamak Dot Com, Mustaghfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com dan Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.

Namun, nama tersebut bukan diberi secara sebarangan, tetapi mempunyai lambang kenangan kepada ibu bapanya yang berkenalan secara atas talian, seperti yang diceritakan oleh Ramadhan.
“Ibu bapa saya sendiri yang cerita, pertemuan mereka bermula dari media sosial menggunakan chatting di Alamak.com pada tahun 1999,” katanya.
Pada awalnya, dia dan adik beradik merasa malu menggunakan nama tersebut kerana sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan.

“Awalnya dulu ketika masih kecil saya, merasa malu mempunyai nama tersebut tetapi ketika menginjak dewasa nama itu menjadi sebuah kebanggaan tersendiri,” katanya.
Nama tiga beradik ini menjadi tular menerusi sebuah akaun Tiktok apabila mendapat hampir 400 ribu tontonan oleh rata-rata warganet yang terhibur dengan nama mereka.
Sumber: Tribun News