Siakap Keli
Foto: Tourism Kedah

Memorial Tunku Abdul Rahman Jadi Perpustakaan Digital Bertemakan ‘Dalam Taman’ Di Kedah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Teringat waktu sekolah dulu, selalu datang ke perpustakaan untuk belajar berkumpulan dengan rakan-rakan sekolah. Ye lah, situ je tempat yang paling ‘aman’ untuk belajar kan. Tambah-tambah lagi kalau perpustakaan tu penuh dengan alam semula jadi.

Baru-baru ini, menerusi laman Facebook Tourism Kedah telah mengumumkan pembukaan Perpustakaan Digital di Alor Setar, Kedah.

Menurut sumber, tapak perpustakaan tersebut merupakan bangunan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pembinaan ini adalah untuk mengekalkan warisan sejarah dan identiti negeri Kedah tersebut.

Kedah Digital Library dah dibuka untuk orang ramai. Satu-satunya perpustakaan berkonsep dalam taman di Kedah.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengunjung adalah kemudahan internet, Virtual Reality (VR) kelas, MyLibraryTour, ebook dan bilik perbincangan. Untuk yang menjadi ahli akan dapat lebih banyak kelebihan lain.

Kemudahan yang terdapat di sini adalah kemudahan ICT dan bilik VR, bilik sewaan, taman herba dan ruangan belajar yang kondusif.

Masuk adalah percuma, jadi boleh lahh ajak kawan-kawan mai buat group discussion atau nak study kat sini.

  • Buka pada hari Sabtu-Rabu (9 pagi-6 petang)

Kedah Digital Library
Kedah Digital Library, Memorial Tunku Abdul Rahman, No 1 Jalan Menteri, Taman Jubli Perak, Alor Setar.

 

Sumber: Kedah Tourism

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang