AMERIKA – Seekor harimau putih yang jarang ditemui dilaporkan telah lahir di Zoo Nicaragua dan dibesarkan oleh manusia selepas induknya tidak ingin menjaganya. Menurut pengarah zoo, ibu haiwan berkenaan didakwa tidak dapat menghasilkan susu untuk memberi makan kepada Nieves.
Pengarah zoo, Eduardo Sacasa mengatakan harimau yang diberi nama Nieves yang berusia seminggu merupakan harimau putih pertama yang dilahirkan dari pasangan harimau Bengal di negara tersebut.
Menurut Pusat Perlindungan Harimau Liar di Minnesota, ibu bapa haiwan berkenaan bukan albino atau spesies yang berbeza. Ibu Nieve dinyatakan mewarisi gen yang jarang ditemui dari datuknya yang berwarna putih.
Beberapa taman dan zoo mendakwa telah melakukan pembiakkan harimau putih berikutan haiwan tersebut telah menarik perhatian ramai pengunjung. Walaupun ia berkemungkinan menyebabkan kecacatan dan masalah genetik lain, kata laman web pusat perlindungan.
Selain itu, Nieve diberikan susu melalui botol oleh isteri Sacasa, Marina Arguello yang membantu menguruskan zoo yang terdapat sekitar 700 haiwan dan pusat menyelamat. Arguello mengatakan Nieve akan diberikan susu setiap tiga jam dan jika tidak haiwan itu akan menjerit termasuklah jika susu itu terlalu sejuk.

Sumber: BBC.Com, Daily Mail