Siakap Keli
Kredit: GSC

Selamat Tinggal, Pawagam GSC Cawangan Berjaya Times Square & Cheras Leisure Mall Sah Ditutup

Syarikat pawagam terkemuka, Golden Screen Cinema atau GSC secara rasminya mengesahkan dua cawangannya telah ditamatkan operasi berkuatkuasa hari ini.

GSC menerusi satu kenyataan memaklumkan, cawangan yang terlibat ialah GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dan GSC Cheras Leisure Mall, Cheras.

“Kami telah beroperasi dalam tempoh yang cukup panjang bagi GSC Cheras Leisure Mall sejak 1995 dan GSC Berjaya Times Square sejak 2005.

“Namun, ekoran situasi terkini dengan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kami terpaksa menutup pawagam ini secara kekal.

“Dengan ini, kami dengan berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penonton filem yang setia menyokong kedua-dua cawangan GSC ini,” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Sehubungan itu, GSC menyeru penonton awam yang masih setia untuk mengikuti setiap perkembangan operasinya dari semasa ke semasa melalui media sosial mereka.

“Kami tidak sabar untuk menantikan anda kembali ke pawagam kami,” tambah kenyataan itu lagi.

Goodbye, GSC Cheras Leisure Mall & GSC Berjaya Times Square!

Posted by GSC on Thursday, January 7, 2021

Sumber: GSC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.