Siakap Keli

Tips Bagaimana Cara Untuk Membasuh Beras Merah, Hanya Perlu Basuh 2 Kali

Beras merah (whole-grain) mengandungi endosperma yang terkandung karbohidrat di dalamnya, germ yang kaya dengan nutrisi dan dedak atau sekam yang tinggi serat. Kandungan serat, protein, antioksidan, sebilangan vitamin dan mineral dalam beras merah lebih tinggi daripada beras putih. Jadi, beras merah biasanya dijadikan alternatif makan nasi yang lebih sihat. Sebelum memasaknya, pastikan kamu tahu cara mencuci beras merah yang tepat.

Beras merah perlu cuci 2 kali

Menurut Corporate Chef Bali Mandira Beach Resto & Spa Herman Sambas merujuk melalui Kompas.com, beras merah cukup dicuci sebanyak dua kali sebelum diolah.

Hal ini kerana, sekam atau dedak yang terdapat pada beras merah mengandungi serat, mineral seperti zat besi, zinc, kalium, mangan dan natrium, serta vitamin terutama vitamin B. Sekam beras merah sendiri masih banyak kerana tidak mengalami proses pengilangan dan pengelupasan secara berlebihan.

Rendam beras merah 6-12 jam

Berdasarkan HUFFPOST, sebelum mencuci beras merah whole-grain sebaiknya direndam dulu selama 6-12 jam. Sebabnya, beras merah termasuk dalam golongan tanaman yang mengandungi zat semula jadi bernama asid fitik. Biasanya ditemukan dalam bijirin penun dan kekacang. Asid fitik dapat mengganggu penyerapan zat besi, zinc dan kalsium dalam tubuh.

Salah satu cara yang yang efektif untuk mengurangkan kadar asid fitik dalam beras merah adalah merendamnya. Selain menurunkan kadar asid fitik, merendam beras merah membuat jangka masa untuk memasaknya lebih cepat. Hasil nasi pun menjadi lebih gebu dan wangi.

Sumber- Kompas.com

Faiz Mustafa