Siakap Keli

Tolong Ibu Jual Kacang Di Petronas Rembau, Lelaki Ini Ajak Ramai-Ramai ‘Support’ Adik Ini Berniaga

Kos sara hidup yang kian meningkat ini sedikit sebanyak memberi impak kepada golongan yang kurang kemampuan. Tambahan pula pandemik Covid-19 yang melanda dunia menambahkan lagi rasa beban terhadap manusia untuk menempuhi kehidupan mendatang.

Tidak disangkalkan lagi, ekonomi zaman kini dikatakan agak mencabar, banyak syarikat-syarikat kecil terpaksa ditutup malah peluang pekerjaan juga semakin sukar didapati.

Sehinggakan ada anak-anak yang sanggup membantu keluarganya mencari rezeki halal, termasuklah kisah seorang adik penjual kacang yang tular di laman Facebook.

Facebook Briged Al Qassam berkongsi satu status tentang seorang remaja yang gigih menjual kacang goreng di sebuah stesen pam minyak di Daerah Rembau, Negeri Sembilan.

Assalamualaikum sumo .. jom kito support adik ni dio meniago jual kacang dokek petronas gombau .. dio koba kacang tu omak ea buek ,. dio duduk kek koto .. memang sodap kacang ea .. kono boto dokek tokak mo selero den .. podeh2 manih kacang ea .. den dah boli 10 turuih sobab nak support bisnes adik ni .

Kata lelaki ini, kacang yang dijual sangat sedap. Remaja ini menolong ibunya menjual kacang goreng ni. Harga sebungkus RM 1.50 sahaja.

Rata-rata penduduk sekitar juga sering membeli kacang goreng ini daripada adik tersebut dan tidak dinafikan kacang goreng yang dijual sangat sedap.

Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki adik ini, sama-sama kita merasa nikmat rezeki Tuhan.

 

Sumber: Briged Al Qassam