Siakap Keli

Trump Disekat Di Facebook Selama 24 Jam & Twitter 12 Jam Selepas Didakwa Menghasut Lakukan Keganasan

Twitter telah memberi amaran untuk melarang secara kekal Presiden Donald Trump daripada menggunakan paltform media tersebut kerana melanggar peraturan integriti yang didakwa menghasut melakukan keganasan.

Langkah yang diambil oleh pihak Twitter adalah meminta Trump untuk memadam satu video rusuhan keganasan oleh menyokongnya di bangunan Capitol semalam.

Justeru itu, menurut pasukan keselamatan Twitter telah mengunci ciapan Trump selama 12 jam dan mengatakan bahawa akaun Presiden AS tersebut akan disekat jika ciapan yang melanggar peraturan integriti tidak dipadam.

Tambah mereka lagi, ancaman dan seruan untuk keganasan merupakan bertentangan dengan Peraturan Twitter. Di samping itu, mereka secara langsung membataskan penglihatan dengan ciapan yang membawa maksud keganasan dengan melabelkan di bawah Dasar Integriti Sivik.

Seperti yang anda lihat pada Twiiter milik Trump telah dilabelkan dengan ayat “Tweet ini tidak dapat dibalas, retweet dan disukai.”

Pada masa yang sama Facebook dan Youtube juga telah menyekat penggunaan Presiden AS tersebut selama 24 jam.

 

Sumber: Dailymail, Foxnews

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang