Siakap Keli
Gambar via Odiity Central

Viral Pulau Kauai Di Hawaii, Dilapor Jadi ‘Rumah’ Ribuan Ekor Ayam Liar Selepas Taufan Melanda

HAWAII – Pulai Kauai di kepulauan Hawaii adalah ‘rumah’ bagi ribuan ayam liar yang hidup bersama dengan penduduk tempatan. Haiwan berkenaan dikatakan boleh dijumpai di serata kepulauan tersebut kerana ia berkeliaran bebas termasuklah di stesen minyak, tempat letak kereta dan lapangan terbang.

Menurut laporan Oddity Central, haiwan tersebut dipercayai boleh menyesuaikan diri dengan menjalani kehidupan di pulau berkenaan di mana ia memakan sisa makanan kucing, sampah serta bergantung kepada makanan yang diberikan oleh pelancong.

Namun begitu, penduduk tempatan bersetuju bahawa haiwan berkenaan telah menurunkan populasi lipan tetapi ayam liar itu juga berkokok hampir sepanjang hari, merosakkan daun dan memusnahkan kebun penduduk.

Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana dan bilakah pulau tersebut menjadi ‘syurga’ bagi ayam liar tersebut. Penduduk setempat memberitahu haiwan berkenaan membiak dan meningkat selepas taufan Iwa yang berlaku pada tahun 1982 dan Iniki pada tahun 1992. Kejadian tersebut telah memusnahkan ratusan reban ayam dan membuatkan haiwan itu babas untuk membiak.

Oleh hal yang demikian, walaupun terdapat perkara yang kurang disukai mengenai ayam liar tersebut, penduduk Pulai Kauai tetap belajar untuk hidup dan tinggal bersama mereka.

Sumber: Oditty Central

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.