Siakap Keli
Gambar via Norshiyam Zakaria (Facebook)

Wanita Ini Terpaksa Selamatkan 14 Ekor ‘Ular Sawa’ Ketika Banjir Bikin Warganet Terkejut

Rakyat Malaysia bukan sahaja menghadapi wabak pandemik COVID-19 yang semakin hari semakin meningkat malah masyarakat juga terpaksa berhadapan dengan situasi banjir kilat yang berlaku di beberapa buah negeri. Sudah tentu situasi banjir kilat menyebabkan mangsa mengalami kerugian yang besar kerana dinaiki air.

Namun lain pula dengan seorang wanita yang telah berkongsi satu gambar di laman Facebook miliknya di mana dirinya memilih untuk menyelamatkan 14 ekor ular yang didakwa miliknya berbanding harta benda yang lain.

Menerusi perkongsian wanita yang bernama Norshiyam Zakaria, ia menunjukkan keadaan rumahnya yang ditenggelami air akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. Gambar yang dimuat naik itu membuatkan para netizen yang melihatnya berasa terkejut sehingga menimbul persoalan dan tanda tanya.

Untuk menjawab persoalan kawan2 yang tengok story tadi, ular sawa kelabu ni memang spesis rare dan memang kegunaannya…

Posted by Norshiyam Zakaria on Sunday, January 3, 2021

Walau bagaimanapun, wanita tersebut mendakwa bahawa ular sawa kelabu berkenaan adalah kegunaan untuk menjaga kebun dan ia merupakan patung mainan semata-mata. Dirinya mengambil keputusan untuk menyelamatkan 14 ekor ular miiknya kerana dikhuatiri akan mengejutkan penduduk kampung.

Difahamkan, patung ular tersebut adalah pembeliannya melalui aplikasi Shopee. Rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut tidak melepaskan peluang untuk memberi pandangan dan juga komen mengenai hal itu.

Gambar via Norshiyam Zakaria (Facebook)

Sumber: Norshiyam Zakaria (Facebook)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.