Siakap Keli

4 Tips Untuk Mengatasi Masalah Kuali Melekat Di Rumah

Kuali merupakan salah satu peralatan memasak yang seringkali digunakan dalam kegiatan sehari-hari. Untuk menghasilkan hidangan yang lazat, kuali harus dipilih yang memiliki kualiti sehingga dapat menunjang kegiatan memasak. Kualiti yang paling harus diperhatikan adalah bahan material yang dipakai, apakah anti lekat dan tidak akan merosakkan rasa dan tekstur masakan. Namun, bagaimana jika kuali yang dipakai adalah kuali yang membuat sisa hidangan yang di masak hingga meninggalkan kesan?

Dipetik dari Kitchen Hands Down, terdapat beberapa cara untuk menghilangkan kesan melekat pada kuali dengan beberapa bahan ini.

1. Baking soda dan cuka

Untuk mengembalikan kuali dengan keadaan sedia kala, campurkan satu cawan air, 2 sudu makan baking soda dan setengah cawan cuka putih. Biarkan tercampur dan letakkan kuali di atas tungku. Kemudian panaskan sampai mendidih sekitar 10 minit.

2. Minyak sayur

Cara lainnya adalah dengan menggosokan kuali dengan minyak sayur di permukaan untuk membersihkan bekas makanan yang melekat. Pastikan menggosok minyak pada saat kuali masih dalam keadaan suam kuku atau pada suhu bilik.

3. Spraykan antilekat

Ada beberapa cara untuk memulihkan kuali antimelekat. Salah satunya adalah dengan menggunakan spray pembaiki periuk atau kuali antilekat. Spray pembaiki periuk boleh dibeli secara online atau dari kedai kitchen appliance. Anda harus mencuci kuali secara menyeluruh dan memastikan tidak ada sisa makanan yang tersisa pada permukaan kuali. Kemudian, beri sedikit masa untuk biarkan ia mengering sebelum menggunakan spray tersebut. Setelahnya, spray secukupnya dan biarkan selama 30 menit, kemudian bilas.

4. Minyak zaitun

Minyak sayur seperti minyak soya sangat sukar dibersihkan dan dalam jangka panjang akan menjadi sangat keras pada permukaan kuali anti lekat. Di sisi lain minyak zaitun, nampaknya bekerja lebih baik dibandingkan dengan minyak sayuran dalam meningkatkan umur periuk antilekat. Selain itu, minyak zaitun juga dianggap sebagai pilihan yang lebih sihat dan dapat menjaga peranti antilekat.

Sumber- Kitchen Hands Down

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.