Laluan persimpangan Chenor ke Temerloh telah dinaiki air dan ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan dinaiki air.
Menerusi perkongsian daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan laluan di KM 126.3 dikedua-dua arah tersebut ditutup.
Terkini, ini keadaan banjir di LPT1. Hati-hati ketika memandu dan patuhi arahan petugas di lokasi.
Difahamkan menerusi peta ini, beberapa kawasan turut dinaiki air termasuklah KM 84.7 (Karak), KM 113 dan KM 115 iaitu persimpangan Lanchang dan Termerloh.
Untuk maklumat lanjut tentang keadaan banjir di kawasan tersebut, sila ikut laman JKR Negeri Pahang.
Kemaskini lakaran terkini keadaan banjir di LPT1. Hati-hati ketika memandu & patuhi arahan petugas di lokasi. Untuk info…
Posted by Lebuhraya Pantai Timur on Thursday, January 7, 2021