Siakap Keli
Gambar via @grayhairandtattoos (tiktok)

“Tak Kisah Apa Yang Orang Kata”, Viral Wanita Berusia 56 Tahun Suka Bergaya Seperti Remaja

Seorang wanita berusia 56 tahun menarik perhatian warganet di mana dirinya mendakwa gemar berpakaian seperti remaja. Wanita yang dikenali sebagai @grayhairandtattoos di TikTok bangga mempamerkan pakaian serta penampilannya dengan penuh keyakinan turut menerima kecaman oleh warganet.

Difahamkan, wanita tersebut dipercayai telah membalas dan mengulas komen yang diterimanya mengenai penampilannya yang kelihatan seperti remaja.

“Saya tidak selalu membalas komen seperti ini kerana saya seorang yang tidak peduli dengan pendapat orang lain. Tetapi komen tersebut mengatakan saya terlalu tua untuk berpakaian seperti remaja,” ujarnya.

Menurut wanita tersebut, dirinya hanya ingin memberi inspirasi kepada orang lain bahawa fesyen itu bukan diukur melalui usia.

“Jangan biarkan orang seperti ini menghentikan anda. Pakai apa yang anda mahukan.

“Siapa yang peduli? Saya menganggapnya ia sebagai pujian. Dan saya tidak membenarkan perkara negatif muncul dalam hidup saya. Kehidupan saya adalah milik saya maka pengkritik tidak dibenarkan masuk dalam hidup saya,” katanya.

Bagaimanapun, rakaman video tersebut meraih sebanyak 2.1 juta penonton dan 412 ribu tanda suka. Menjengah di ruangan komen, terdapat beberapa komen dari para warganet yang member kata-kata semangat dan juga berkongsi pengalaman yang serupa.

@grayhairandtattoos

Reply to @jilar6723 OOTD #MyStyle #outfit #fit #ootd #readysetshop #fyp #foryoupage #foryourpage #grayhairandtattoos #winterfit #drmartens #levi #w

♬ Steven Universe – L.Dre

Sumber: Daily Mail, Bored Panda

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia