Siakap Keli

(Video) Dah Macam Kat ‘Bikini Bottom’, Pak Cik Sempoi Pandu ‘Kereta Bot’ Atas Lebuh Raya

Bila disebut sahaja SpongeBob SquarePants, mesti ramai yang mengenali siri televisyen animasi Amerika Syarikat ini yang pernah ditayangkan di Malaysia. Populariti rancangan ini dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa tidak dapat disangkal lagi.

Antara watak penting selain SpongeBob SquarePants adalah Squidward yang merupakan sotong kurita, Patrik si tapak sulaiman berwarna merah jambu dan Mr. Krabs, ketam yang memiliki restoran Krusty Krab, tempat di mana SpongeBob bekerja di bandar Bikini Bottom.

Namun, lain pula yang berlaku apabila kelibat Mr. Krab tidak berada di dasar lautan. tetapi dilihat meluncur laju bersama kenderaannya di darat.

Menerusi perkongsian oleh seorang individu Sid Razali di Twitter, dia memuat naik sebuah rakaman menunjukkan ‘Mr. Krab’ yang sedang memandu keretanya di sebuah lebuhraya.

Video pendek berdurasi 10 saat itu disertakan dengan caption ”tidak pasti ingin ke Pahang atau Bikini Bottom” meraih ratusan ribu tontonan oleh warganet yang terhibur dengan kewujudan ‘Mr Krab’ di alam realiti.

Nak ke Bikini Bottom?

Pelbagai reaksi warganet dilihat apabila mereka membanjiri posting berkenaan dengan komen lucu. Tidak dinafikan, ‘Pak Cik Krab’ memang sangat cool dan sempoi!

Puan Puff mesti bangga dapat student macam ni

Letak enjin Myvi agaknya

Berdesup dia potong

Tonton video di bawah:

Sumber: Twitter @sidchan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.