Baru-baru ini, seorang wanita mendakwa dirinya terkejut dan malu apabila mengetahui bahawa dirinya sekeluarga dipercayai menyebut namanya dengan sebutan yang salah sepanjang hidupnya.
Perkara tersebut dikongsikan di internet sehingga mencuri tumpuan warganet. Wanita bernama Saoirse menjelaskan bahawa ibunya memilih namanya yang diinspirasikan dari watak yang terdapat di dalam sebuah buku.
“Ibu bapa saya menamakan saya Saoirse yang juga watak dalam sebuah buku dan menganggap nama itu unik.
“Sepanjang saya hidup, ia disebut sebagai ‘Say-or-cee’ oleh saya sekeluarga dan ayah saya tidak pernah mendengar nama itu.
Menurut Mirror UK, ia menjadi persoalan ketika seorang pelakon dari Ireland mempunyai ejaan nama yang sama dengan dirinya tetapi ia disebut sebagai ‘Sur-sha’.
“Kebanyakan orang yang baru sahaja bertemu dengan saya mula memanggil saya dengan panggilan ‘Sur-sha’ dan saya tidak membetulkannya kerana kenyataan bahawa nama saya adalah kesilapan yang cukup memalukan bagi saya,” katanya.
Walau begitu, wanita tersebut mendakwa telah memberitahu ibu bapanya mengenai perkara tersebut, namun mereka marah dan lebih menyukai panggilan yang sering digunakan dulu.
Sumber: Mirror UK