Siakap Keli
Gambar : Mirror

Wanita Hubungi Polis Setelah Menyangka Temui ‘Jari Kaki Manusia’ Tertanam, Namun Ternyata Hanyalah Kentang

Siapa tak cuak kalau sedang bersiar-siar dengan gembira dan secara kebetulan terlihat anggota badan manusia yang seakan terpisah dari tubuh di depan mata sendiri?

Itulah yang terjadi pada seorang wanita bernama Katie Wilkinsn berusia 26 tahun dari daerah Winlaton, Gateshead yang menemukan sesuatu seakan ‘jari kaki manusia’ di atas tanah berlumpur ketika dia sedang bersiar bersama anjing peliharaannya.

Katie dikatakan melalui jalan berbeza dan memerhatikan lumpur yang dilalui supaya tidak tergelincir sebelum menemui ‘jari kaki’ manusia. Dia memutuskan untuk melihat lebih dekat dan mengambil gambar untuk menunjukkan pada orang lain dan meyakinkan mereka dengan apa yang dilihatnya itu.

Gambar : Mirror

Semua orang yang telah melihat gambar itu bersetuju bahawa gambar yang diambil Katie itu adalah sesuatu benda yang misteri . Katie yang ketakutan terus menelefon pihak polis untuk melaporkan perkara itu.

Dalam beberapa minit, pihak polis tiba di hadapan rumahnya, Katie membawa polis ke lokasi di mana dia menemukan ‘jari kaki’ dan pihak polis mula melakukan siasatan. 

Seorang detektif bersetuju bahawa ianya terlihat seperti jari kaki, tetapi setelah berjam-jam mencari dan tidak ada hasil, 2 anjing pengesan juga dibawa masuk untuk membantu siasatan, dan mereka segera mengetahui bahawa itu sama sekali bukan bahagian tubuh manusia tetapi itu hanyalah kentang.

“Saya betul-betul minta maaf, saya sangat menyesal kerana membuang masa mereka. Saya berasa sangat buruk. Mereka meyakinkan saya bahawa saya telah membuat perkara yang betul.”

Menyesal selepas menyedari perkara sebenar, wanita itu meminta maaf kerana telah membuang masa anggota polis. Walau bagaimanapun, polis terus menyakinkan wanita itu bahawa dia melakukan perkara yang betul.

“Kami berpuas hati bahawa laporan itu dibuat dengan baik yang akan selalu mendorong orang yang melihat sesuatu yang mencurigakan untuk melaporkannya”.

Sumber :  Mirror