Meskipun ada makanan kucing yang dijual di pasaran, ada juga kucing domestik memakan makanan manusia, seperti daging atau nasi. Hal ini pun sudah lumrah dan tidak ada masalah untuk kesihatan kucing. Kucing memang karnivor, yang ertinya ia memerlukan daging dan protein dalam jumlah banyak agar sentiasa. Bahan yang penting untuk kesihatan kucing adalah taurin, yang terdapat dalam protein haiwan. Meskipun kucing anda harus mengambil daging, namun anda boleh memperkenalkan banyak variasi makanan lainnya dalam pengambilan nutrien sehari-hari. Namun, selalu ingat bahawa beri makanan bukan daging dalam jumlah perlu saja.
Menurut artikel dari Pet Helpful, berikut beberapa makanan manusia yang selamat untuk diberikan pada kucing.
1. Brokoli
Brokoli dianggap tidak beracun dan boleh disajikan dengan kukus dan disejukkan sebelum diberi kepada kucing. Brokoli kaya dengan antioksidan yang sihat. Ingatlah bahawa snek brokoli hanya perlu diberi sekali-sekala dan dalam jumlah yang kecil. Menambah apa-apa dalam diet kucing anda, walaupun makanan kecil, boleh menyebabkan sakit perut jika tidak dilakukan dengan teliti.
2. Lobak
Kucing pasti boleh memakan lobak yang terlebih dahulu dikukus. Lobak tinggi dengan serat dan disaluti dengan banyak nutrien yang baik dan lazat. Sekali lagi, seperti semua sayur-sayuran, kucing harus diberi makan lobak sekurang-kurangnya selang satu hari. Penting untuk mengelakkan memberi lobak mentah. Pastikan memotong lobak menjadi kepingan kecil agar kucing anda tidak tersedak.
3. Labu
Labu adalah sumber serat dan vitamin yang bagus untuk kucing anda. Labu juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit atau bahkan komplikasi mengenai kesan bola rambut. Pastikan untuk hanya menawarkan labu asli pada kucing anda, ertinya tidak boleh mengandungi rempah-rempah atau perasa.
4. Bayam
Kucing secara semula jadi amat menyukai sayuran hijau, dan bayam mengandungi banyak vitamin yang memberi manfaat pada kucing anda. Meskipun demikian, elakkan dari memberi makan bayam pada kucing yang mempnyai masalah ginjal atau pundi kencing kerana kandungan kalsium dalam bayam dan vitamin tahap tinggi lain.
5. Epal
Jika anda ingin memberikan epal kepada kucing, pastikan epal tersebut organik dan diberikan tanpa kulit. Selain itu, buang semua bijinya (mengandung sianida dan beracun). Kucing sebenarnya tidak mengesan rasa manis, jadi kucing anda mungkin menyukai atau tidak memakan potongan epal yang kecil.
6. Pisang
Pisang tidak beracun untuk kucing tetapi sukar dicerna kerana kandungan seratnya yang tinggi. Pisang juga mengandungi potasium dalam jumlah besar. Pisang pun tinggi gula, jadi jika anda menawarkan pisang, minimumkan dan dalam jumlah yang kecil.
7. Tembikai
Semangka tanpa biji boleh diberikan pada kucing dan kebanyakan kucing pada umumnya menggemari untuk memakannya. Ini adalah snek yang baik untuk kucing yang kesulitan penghidratan. Namun, kucing yang menghidap diabetes atau sensitif terhadap gula dalam jumlah yang banyak sebaiknya tidak diberikan makanan manis seperti tembikai kerana kandungan gulanya yang tinggi.
8. Jagung
Jagung sering digunakan dalam makanan haiwan dan tidak mengapa semasa dimasak dan digiling. Banyak pembekal makanan haiwan menggunakan jagung sebagai mengisi dan secara berkala dalam makanan anjing dan kucing. Beberapa kucing cenderung menikmati potongan kecil jagung.
9. Ikan
Beberapa jenis ikan yang bagus untuk kucing antara lain salmon, trout, herring, makarel, tuna dan whitefish.
10. Daging
Ayam, ayam belanda, burung dan daging lembu dibolehkan. Itik mungkin boleh diberikan sekali-sekala, tetapi kerana kandungan lemaknya yang tinggi, akan memberi risiko.
11. Telur
Telur adalah sumber makanan kaya protein dan dapat memberi manfaat pada kucing anda. Jika anda memberi makan telur kepada kucing , berikan dalam jumlah yang kecil dan elakkan memberi telur mentah kerana boleh menyebabkan risiko salmonella atau E. coli.
Sumber- Pet Helpful