Siakap Keli
Foto: Fakhri

“Setiap Hari Makan Nasi,” Lelaki Ini Hilang 30kg Dalam Masa 9 Bulan Amalkan Diet Suku Suku Separuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang menanam azam baru sempena tahun baru 2021 kan. Mesti salah satu azam yang ‘terselit’ tu adalah untuk turunkan berat badan. Tetapi masih buntu tak tahu dari mana nak mulakan.

Ya, bila seseorang sudah ada semangat tersebut, sedaya upaya mereka akan mencari jalan penyelesaian juga dengan mengikuti kelas gym, jaga pemakanan dan melakukan aktivti yang sihat.

Termasuklah kisah seorang jejaka yang dikenali sebagai Fakhri Fadzli ini menceritakan pengalaman menurunkan berat badan sebanyak 30kg dalam masa 9 bulan. Bukan itu sahaja, jejaka ini juga berkongsi beberapa tips dan menu untuk mereka yang ingin mulakan diet.

Menurut Fakhri semasa dihubungi, dia menjalani proses diet bermula hujung tahun 2019 dan berjaya turunkan sebanyak 30kg dengan mengenakan menu nasi setiap hari.

Tahun 2021 ini jika ada yang ingin mulakan diet tapi keliru untuk bermula dari mana nasihat saya adalah dengan fokus kepada perubahan yang kelihatan kecil tapi kesannya besar.

Mulakan dengan :-

  • Protein pada setiap hidangan.
  • Porsi hidangan suku karbo, suku protein, separuh sayur.
  • Tidur 6-8 jam setiap malam.
  • Minum air secukupnya.
  • Gaya hidup yang aktif (8k – 10k langkah setiap hari).
  • Senaman 2-3 kali seminggu.

Elakkan :

1) Mengambil berat tentang jumlah gram karbohidrat & gram protein tetapi abaikan pengambilan kalori secara keseluruhan.
2) Sebarang produk atau suplement yang menjanjikan hasil untuk turun berat badan. Jangan bazirkan duit.
3) Sebarang mitos yang tidak berasaskan apa apa fakta seperti pakai sweater ketika bersenam dapat membakar lemak.
4) Terlalu fokus pada nombor di penimbang. Sebaliknya berikan fokus kepada perubahan badan dan emosi.

Lambakan maklumat di internet tentang diet sekarang menyebabkan seseorang keliru di manakah dirinya mesti bermula.

Maka caranya adalah dengan memberikan fokus kepada asas yang ramai orang ambil mudah.

Di sini saya ingin kongsikan pengalaman menurunkan berat badan dengan makan nasi setiap hari.

Pertamanya apa yang saya kongsikan ini adalah pengalaman peribadi dan sesiapa yang ingin mengikutinya disarankan untuk mendapatkan terlebih dahulu nasihat daripada dietician dan doktor perubatan terutamanya jika anda memiliki masalah kesihatan.

Keduanya adalah saya tidak bertujuan dan berniat untuk merendah rendahkan mana mana trend diet yang ada (keto, atkins, paleo, intermittent fasting) dan mengatakan hanya cara saya yang terbaik, kerana setiap orang berbeza gaya kehidupan dan pendekatan.

Boleh jadi cara saya sesuai untuk sesetengah orang dan boleh jadi tidak sesuai. Maka pilihlah yang mana dirasakan terbaik.

Jadi sekarang bagaimana nak kawal portion dengan betul ketika makan nasi?

Caranya amatlah mudah dan ringkas.

Pertama penuhkan separuh pinggan dengan sayur sayuran. Kemudian 1/4 lagi dengan protein dan 1/4 lagi dengan nasi. Manakala kuah hadkan dalam 1-3 sudu besar sahaja.

Jika nak kurangkan kalori lagi utamakan ulam ulaman segar ataupun sayur yang dikukus ataupun dicelur. Hadkan kulit ayam, minyak dan lemak. Utamakan bahagian ayam yang tinggi protein seperti dada.

Tetapi sekali sekala jika teringin saya makan bahagian ayam yang lain seperti kepak, peha yang bergoreng.

Begitu juga sayur. Tetapi kebanyakan masa ayam akan saya panggang tanpa minyak.

Ini antara menu makanan diet dengan nasi yang menjadi sajian setiap hari oleh Fakhri.

Akhir sekali. Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua yang ingin berdiet.
Semoga dapat mencapai apa yang diinginkan.

Sumber: Fakhri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.