Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Dipercayai Bengang Dapat Duit Tip Sedikit, Penghantar Makanan Didakwa Ambil & Bawa Pulang Pesanan Makanan Pelanggan

Seorang penghantar makanan dilaporkan enggan memberikan makanan yang dipesan dan membawa pulang bersama apabila pelanggannya hanya memberikan duit tip sedikit yang dianggarkan berjumlah $ 8 (RM32).

Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh Driver Man di Youtube, penghantar makanan tersebut dikatakan mahu berbicara secara bersemuka dengan pelanggannya ketika dirinya menghantar makanan itu ke alamat rumah di Smithtown, Long Island.

Dirinya bercakap dengan kamera di rumah tersebut: “Saya tidak fikir anda menyedari mengenai jarak. Saya rasa anda boleh datang dan melihat sendiri secara langsung.

“Saya memandu selama 40 minit dan jaraknya sangat jauh bahkan saya melakukannya dengan awal.

“Adakah anda sedar sejauh mana restoran yang anda pesan itu terletak di Commack dan anda pula berada di Smithtown?,” katanya. Malah, pelanggan tersebut hanya menjawab pertanyaan penghantar makanan tersebut daripada dalam rumah.

“Apa yang kamu cari? Saya memberikan tip $ 8 (RM32)!,” jawab pelanggan tersebut.

Pertengkaran tersebut berakhir apabila penghantar makanan berkenaan mengatakan untuk membawa pulang makanan itu kembali ke restoran. Bagaimanapun, jurucakap syarikat penghantar makanan mendakwa bahawa pihaknya telah menghubungi pelanggan tersebut dan meminta maaf atas kejadian yang telah berlaku.

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia