Siakap Keli
Gambar via Mirror UK

Lelaki Dilapor Habiskan Lebih RM22 Juta, Ubah Tanah Perkuburan Jadi Rumah Impian

Seorang lelaki mengejutkan orang ramai setelah dipercayai berjaya menghabiskan empat tahum dengan mengubah tanah perkuburan menjadi sebuah rumah impiannya yang dianggarkan bernilai hampir 4.5 juta euro (RM22,227,750).

Lelaki yang dikenali sebagai Justin Maxwell-Stuart, 50 dari London dilaporkan telah membeli pondok penjaga yang terbengkalai dan sebuah blok tandas bekas dewan di tanah perkuburan tersebut pada tahun 2016 dengan harga 1.8 juta euro (RM8,891,100).

Gambar via Mirror UK

Menerusi Channel 4’s Grand Designs, lelaki itu mengatakan bahawa rancangannya untuk mentransformasikan tanah terbengkalai tersebut dalam tempoh 12 bulan dan dengan anggaran 1.6 juta euro (RM7,903,200). Namun disebabkan beberapa faktor, ia tidak berjaya disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan malah ia dilaporkan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Justin yang dikaitkan dengan Mary Queen of Scots mendakwa dirinya mendapat inspirasi mengubah kawasan tersebut menjadi rumah impiannya hasil daripada rumah agam, Traquair House di mana ia merupakan rumah tertua di Scotland.

Bukan itu sahaja, pekerjaan mengubah suai terpaksa dihentikan sementara selama tiga bulan akibat wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara tersebut.

Bagaimanapun, rumah impiannya dilaporkan berjaya disiapkan pada November tahun lalu. Rumah berkenaan dilengkapi dengan empat bilik tidur lengkap dengan suite besar, ruang makan dan dapur, ruang membaca, ruang tamu yang besar, ruang bawah tanah, ruang TV dengan bar dan kolam renang.

Gambar via Mirror UK

Sumber: Mirror UK

 

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.