Siakap Keli
Gambar : Google

Rawat Kulit Muka Buat ‘Mask’ Guna Kulit Pisang, Kesannya Pasti Buat Anda Teruja

Pisang adalah buah yang kaya dengan vitamin, kalium dan serat. Kebaikan dalam buah pisang ini bukan sekadar pada kesihatan malah turut memberi kecantikan pada muka, rambut dan juga digunakan dalam masalah dermatologi.

Pisang yang dimakan, kulitnya jangan dibuang sebaiknya disimpan dan dijadikan bahan untuk untuk rawatan kecantikan di muka. Hal ini kerana kulit pisang mengandungi kandungan nutrisi dan silika yang baik untuk merawat kulit muka.

Tahukah anda, selain daripada mengandungi vitamin yang diperlukan dalam tubuh, buah ini juga mempunyai zat yang sangat tinggi dan kandungan gizi yang baik jika dibandingkan dengan buah epal dan buah-buahan yang lain.

Banyak kajian yang dilakukan terhadap kulit pisang yang memberi kesan sehingga mencantikkan raut wajah seseorang. Berikut merupakan kebaikan buat ‘mask’ di muka guna kulit pisang:

1. Kulit pisang kaya dengan silika, membantu meningkatkan pengeluaran kolagen, protein semula jadi yang menjaga kulit supaya sentiasa halus dan terhidrat.

2. Kulit pisang mengandungi nutrien yang memberi kesihatan baik pada kulit. Ini termasuk:

  • Potassium
  • Vitamin B-6
  • Vitamin C
  • Vitamin A

3. Hilangkan kedutan

Semakin bertambah usia, kolagen dalam muka semakin berkurangan. Hal ini akan menjadikan kulit seseorang kurang sihat serta meningkatkan garis-garis halus dan kedutan pada raut wajah.

Oleh itu, dengan buat ‘mask’ guna kulit pisang dapat membantu memberi kolagen pada muka dan mengurangkan kedutan sekaligus dapat meremajakan kulit.

4. Kulit cerah dan halus

Pisang kaya dengan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam badan. Justeru, kulit pisang yang dijadikan ‘mask’ di muka dapat melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas.

Sekiranya anda kerap melakukan rutin ini, kulit anda akan tampil licin dan cerah. Bukan saja dapat mencerahkan kulit, tapi ia juga dapat membantu melembutkan kulit kasar dan kering.

5. Kurangkan jerawat

Menurut satu kajian, kulit pisang mengandugi pelbagai khasiat dan nutrisi yang dapat mengurangkan keradangan selain mengurangkan jerawat yang tidak menentu. Walaupun ia tidak mengandungi agen merawat jerawat seperti tea tree oil, benzoyl peroxide, or salicylic acid, namun ia mampu mengurangkan jerawat pada kulit dengan kandungan vitamin A yang terdapat pada pisang.

Selain itu, kandungan phenolics pada pisang juga mengandungi antimicrobials yang boleh merawat luka jerawat dan mengurangkan bintik merah disebabkan keradangan.

6. Kurangkan parut jerawat

Kebanyakan pakar kesihatan kulit mengatakan pisang dapat mengurangkan hiperpigmentasi pada kulit. Ini kerana ia mempunyai kandungan vitamin A dan C yang dapat memberi kesan kurangkan parut jerawat dan juga kesan gelap daripada matahari.

7. Perlindungan matahari

Walaupun pisang tidak mengandungi bahan seperti krim pelindung matahari, tetapi ia mengandungi antioksidan yang dapat mencegah kulit daripada kerosakan matahari. Kandungan vitamin A, C dan E sudah cukup melindungi kulit anda dari sinaran panas matahari yang terik.

8. Baik untuk kulit kering

Ada pendapat yang mengatakan pisang baik untuk membantu masalah kulit kering. Ini mungkin disebabkan kandungan vitamin B-6  dan kalium yang terdapat pada pisang yang menjadikan kulit sentiasa lembab dan tidak kering.

Cara buat ‘mask’ guna kulit dan buah pisang

Terdapat banyak cara untuk buat ‘mask’ menggunakan pisang. Ada yang menggunakan kulit pisang dan ada juga mencampurkan pisang dengan bahan-bahan yang lain.

Pertama, untuk kulit pisang, caranya dengan menggosok kulit pisang pada kulit wajah. Lakukan perlahan-lahan dengan cara yang lembut. Selepas digosok rata, biarkan selama 10-15 minit sebelum bilas dengan air. Untuk lebih berkesan, lakukan cara ini dua kali sehari dan lihat perubahannya.

Kedua, buah pisang dihancurkan dengan lembut dan campur dengan bahan-bahan seperti berikut :

  • Madu untuk mengatasi kulit kering, berminyak, dan mengurangkan jerawat
  •  Lemon untuk merawat luka
  • Avokado untuk melembapkan kulit
  • Yogurt untuk melembapkan dan melembutkan kulit
  • Serbuk kunyit untuk kurangkan bintik hitam dan jerawat

Setelah anda mempunyai bahan seperti berikut, ikut langkah seterusnya :

  1. Campurkan semua bahan untuk membuat ‘mask’ pisang di dalam mangkuk, tambahkan sedikit air untuk mendapatkan tekstur yang lebih tebal.
  2. Pastikan kulit muka anda berada dalam keadaan bersih sebelum membuat ‘mask’
  3. Sapukan ‘mask’ pisang ke permukaan kulit muka. Ratakan ke seluruh bahagian muka, jauhkan dari terkena mata dan bibir.
  4. Tunggu sehingga kering selama 10-15 minit.
  5. Kemudian, bilas muka menggunakan air suam sehingga bersih.
  6. Lakukan sebanyak 2-3 kali dalam seminggu.

Sumber : Kristeen Cherney via Heathline

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.