Siakap Keli
Gambar Via VNEXPRESS

Suhu Menjunam, Viral Foto-foto ‘Sejuk Beku’ Pergunungan Phia Oac Di Vietnam, Pukau Perhatian Pengunjung

Beberapa negara ketika ini sedang mengalami cuaca sejuk yang melampau termasuk Vietnam yang memperlihatkan suhu menjunam sehingga di bawah sifar darjah Celcius.

Ia menyebabkan negara tersebut ‘membeku’. Namun ia sebenarnya menarik perhatian pelancong untuk berpusu-pusu menuju ke pergunungan Phia Oac di Vietnam bagi melihat keindahan alam yang diliputi ais tebal.

Gambar Via VNEXPRESS

Puncak tertinggi kedua di Wilayah Cao Bang di utara Vietnam itu diliputi ‘salji’ pada Jumaat lalu ketika suhu menurun hingga -9 darjah Celcius dengan ais muncul di ketinggian 1,400 meter dan ke atas.

Menurut VNEXPRESS, pemandangan berais di Gunung Phia Oac adalah hasil dari kawasan sejuk yang kuat di wilayah pergunungan utara Vietnam pada Khamis dan ia dijangka berlanjutan hingga Rabu ini.

Gambar Via VNEXPRESS

Pada ketinggian 1,931 meter dari permukaan laut, Phia Oac adalah ‘atap’ kedua Wilayah Cao Bang selepas puncak Phja Da.

Jurugambar, Ha Cuong, berkongsi beberapa gambar yang menyaksikan keindahan pergunungan itu.

Gambar Via VNEXPRESS

Pengunjung pasti akan terpukau melihat pemandangan itu yang sama dengan landskap musim sejuk di Eropah.

Gambar Via VNEXPRESS

Menurut jurugambar itu, keadaan cuaca yang teruk juga mempengaruhi kehidupan dan pertanian penduduk tempatan.

Vietnam dijangka mengalami musim sejuk yang lebih dingin daripada kebiasaannya pada tahun ini ketika suhu permukaan laut Pasifik turun, ia membentuk fenomena La Niña.

Sumber: VNEXPRESS

Sofea

There's always another side to every story