Sepanjang berlakunya wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia, pihak atasan menyarankan masyarakat agar menjaga SOP termasuklah tidak keluar dari rumah tanpa tujuan atau urusan yang penting. Hal ini bagi mengurangkan pengularan risiko jangkitan yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Namun begitu, seorang lelaki di Indonesia nekad menempah kesemua kerusi dalam pesawat bagi penerbangan ke Bali untuk percutian tahun baru bersama isterinya. Kisah tersebut dikongsikan di laman Instastory miliknya yang kini menjadi tular di media sosial.
Richard Muljadi dan isterinya yang merupakan seorang pelakon, Shalvynne Chang melakukan tindakan tersebut kerana bimbang dijangkiti COVID-19 dalam pesawat sekiranya dinaiki bersama orang lain. Gambar yang dimuat naik menunjukkan seluruh pesawat kosong membuatkan suasana seperti dalam perjalanan dengan jet peribadi.

“Harus memastikan tidak ada orang lain yang berada dalam pesawat itu kecuali kami berdua.
“Setelah saya menempah sebanyak mungkin tempat duduk, hatganya lebih murah daripada menyewa jet peribadi. Itulah helahnya.,” tulisnya di Instastory.
Menurut laporan, pasangan tersebut mendakwa bahawa mereka menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan komersial Batik Air di mana perjalanan tersebut lebih murah berbanding menyewa jet peribadi.
Bagaimanapun, bagi menempah kesemua kerusi, Muljadi perlu membayar antara Rp75 juta (RM 21,569) hingga Rp 110 juta (RM 31,634) untuk penerbangan yang mempunyai kapasiti untuk 12 kelas business dan 150 tempat duduk ekonomi, menurut Coconut Bali.
Sumber: The Indian Express