Siakap Keli

(Video) Tular Lelaki Makan Ais Dalam Bangunan Bersalji, Tabur Susu & Strawberi Macam Layan ‘ABC’

Manusia ini kalau sudah terlebih kreatif pun bahaya juga kan, ada saja idea untuk buat benda yang pelik-pelik.

Ada orang suka makan mi segera kuah kari yang ditabur serbuk coklat, ada juga yang suka bermain dengan aplikasi Snapchat untuk buat muka-muka pelik.

Namun apa yang tular di Twitter baru-baru ini amat ‘memeningkan’ kepala, apabila sekumpulan lelaki sanggup memakan ais dalam bangunan sejuk macam makan ais batu campur (ABC).

Walapun aisnya dipercayai hanya dicedok daripada lantai yang dipijaknya, namun mereka begitu kreatif dengan menambahkan pelbagai perisa tambahan untuk menjadikannya lebih enak dimakan.

Berdasarkan gaya pertuturannya, dipercayai kejadian ini mungkin berlaku di negara jiran, Indonesia.

Jom sama-sama layan ‘ABC’ ni. Jangan kembang tekak ye.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'