Siakap Keli
zon merah covid-19
Kredit: Bernama

COVID-19: Hanya 2 Daerah Di Semenanjung Kekal Zon Hijau, Bilangan Kes Positif Di Malaysia Cecah 31,846

Putrajaya, 12 Jan – Hanya dua daerah di Semenanjung yang masih kekal zon hijau COVID-19 setakat ini, tulis Kementerian Kesihatan (KKM). Dua daerah tersebut adalah daerah Hulu Terengganu di Terengganu dan Langkawi di Kedah.

Menurut kemaskini berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 sehingga 12 Januari 2021, KKM mengesahkan  kewujudan zon merah di semua negeri di Malaysia kecuali Perlis.

Malah, pertambahan zon merah di negeri Kelantan dilihat paling ketara dengan 718 kes COVID-19 dicatatkan dalam tempoh tersebut.

Sehingga kini, sebanyak 31,846 kes baru telah dicatatkan di Malaysia dalam tempoh 14 hari sejak 30 Disember lalu.

Susulan pertambahan itu, KKM mengingatkan orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

 

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.