Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Dua Lelaki Ditahan, Disyaki Curi Tengkorak Di Tanah Kubur Untuk Tujuan Pemujaan

Dua lelaki dilaporkan telah ditahan atas dakwaan mencuri tengkorak dari tanah perkuburan Florida yang bertujuan untuk diletakkan dalam tempat pemujaan ilmu hitam.

Mereka yang ditangkap masing-masing akan menghadapi empat tuduhan mengganggu kubur dan penyalahgunaan mayat manusia yang mati.

Menurut laporan, Pejabat Sheriff Lake County mengatakan bukti DNA yang dijumpai dari cerut dan barang-barang lain yang ditinggalkan di Tanah Perkuburan Edgewood di Gunung Dora membawa detektif untuk menangkap mereka.

Gambar via Daily Star

Tambahan pula, polis juga mendakwa telah menemui tempat pemujaan di kediaman salah seorang suspek tersebut, kata Sheriff Polk County Grady Judd kepada pemberita pada hari Jumaat yang lalu. Malah, pihak polis juga didakwa menemukan lima tengkorak manusia dan tengkorak haiwan seperti kepala buaya, rakun, kambing dan haiwan yang lain di tempat pemujaan tersebut.

Setelah melakukan siasatan lanjut, para detektif mendakwa bahawa tempat pemujaan itu dijadikan sebagai kuil ‘Palo Mayomble’ yang merupakan ‘seni ilmu hitam yang memerlukan bahagian tubuh untuk melakukan pemujaan dan menghendaki tengkorak’.

Bagaimanapun, mereka dilaporkan mengakui perbuatan mereka yang telah merompak beberapa kubur untuk mendapatkan tengkorak manusia. Judd mengatakan pihak polis masih berusaha untuk mengenal pasti identiti lima tengkorak yang dijumpa di tempat pemujaan tersebut.

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.