Kebanyakkan dari wanita di seluruh akan mengambil keputusan untuk belajar seni mempertahankan diri sebagai persediaan menghadapi dunia yang kian mencabar seperti silat, taekwando dan lain-lain lagi. Namun lain pula bagi wanita suku Apatani di India yang sanggup memburukan wajah mereka supaya tidak menjadi mangsa nafsu lelaki.
Wanita Apatani ini dikatakan terkenal dengan kecantikan paras rupa berbanding suku yang lain di Arunachal sehingga kecantikkan mereka dipercayai menjadi dambaan para lelaki. Disebabkan hal ini, masalah dan peperangan kerap berlaku bahkan para lelaki sanggup menceroboh dan menculik mereka.

Berikutan itu, wanita suku Apatani mendakwa sanggup memburukkan wajah mereka. Antaranya mereka akan memakai penyumbat hidung dengan objek kayu yang mengikut saiz lubang hidung masing-masing. Malah, wajah mereka juga mempunyai tatu bergaris dari dahi hingga dagu mereka.
Meskipun begitu, tradisi tersebut dilaporkan akan dilakukan oleh mereka ketika seseorang itu sudah mencapai akil baligh. Namun, sejak tahun 1970-an, kaum wanita tidak lagi mengamalkan tradisi tersebut ekoran pengharaman amalan tersebut oleh kerajaan India.
Bagaimanapun, terdapat segelintir penduduk suku Apatani yang masih meneruskan tradisi tersebut. Mereka mendakwa bahawa ia sebagai peringatan mengenai peristiwa yang sukar dihadapi oleh wanita Apatani untuk bertahan hidup di desa.
