Siakap Keli
Gambar: Google/Bangkok Post

Gajah Ditemui Dengan Lebih 40 Kesan Tembakan Dilapor Mati

Seekor gajah liar yang ditemui cedera di perkampungan Tha Wang Hin, Pran Buri, Thailand semalam telah dilaporkan mati pada hari Ahad, tulis Bangkok Post.

Menurut portal itu, haiwan yang mempunyai lebih 40 kesan tembakan dipercayai daripada pelbagai jenis senjata api itu telah dirawat oleh pakar veterinar di Taman Negara Kui Buri.

Ketua Taman Negara Kui Buri, Suporn Pholphan berkata, gajah itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun dan mempunyai berat sekitar 3 tan.

Tambah portal itu, haiwan malang tersebut telah bertukar ganas sehingga menyebabkan seorang petugas yang cuba merawatnya cedera parah. Reaksi itu dipercayai berpunca daripada gajah berkenaan yang ditembak berkali-kali setelah pertembungan dengan individu bersenjata.

Susulan itu, ia terpaksa diberikan ubat penenang sebelum dirawat di taman negara tersebut manakala petugas yang cedera parah dilaporkan meninggal dunia pada hari ini, tulis Bangkok Post.

Hasil pemeriksaan menggunakan alat pengesan logam, pihak polis telah menemui peluru di seluruh tubuh haiwan itu termasuk di bawah mata kanan, belalai dan di dalam tulang kaki hadapan gajah berkenaan.

Sumber: Bangkok Post

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.