Siakap Keli
Gambar via TribunNews

Guna Cara Unik Untuk Mengelak Dari Jangkitan COVID-19, Lelaki Ini Nekad Pagar Rumah Dengan Zink

Seorang lelaki, Sabar Suharno berusia 46 tahun dilaporkan melakukan cara yang unik untuk mengelakkan diri dan keluarganya dari jangkitan wabak pandemik COVID-19 dengan memagar rumahnya menggunakan zink.

Menurut laporan, lelaki itu melakukan tindakan memagar rumah dengan zink ekoran peningkatan kes wabak yang semakin hari semakin merisaukan. Bahkan, dirinya bimbang kerana anaknya bakal ke Kairo pada pertengahan bulan Januari 2021.

Lelaki berkenaan juga bertindak sedemikian kerana terdapat seorang jirannya yang dilaporkan meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19. Tindakannya juga turut dipandang sinis oleh jiran tetangga namun Suharno tidak memperdulikannya.

“Biasanya ada orang yang menyokong dan mengutuk tetapi saya tiada masalah. Saya tidak ambil peduli dan hanya berusaha menjaga diri serta keluarga saya,” katanya.

Gambar via TribunNews

Selain itu, dirinya juga memasang CCTV di sekeliling rumahnya bagi memantau orang yang berkunjung dan melalui kawasan rumahnya. Malah, lelaki berkenaan tidak membenarkan rakannya untuk datang ke rumahnya.

“Kemarin ada rakan saya ingin datang ke rumah tapi saya tidak membenarkannya sedangkan dia sudah hampir sampai,” kata Sabar.

Bagaimanapun, Suharno dan keluarganya juga hanya bergantung kepada penjual barangan harian yang berniaga di kampungnya dan juga online shopping.

Sumber: TribunNews

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.