Siakap Keli
Gambar : Suara.com

Ibu Larang Anak Pulang Jenguk Dirinya Yang Sakit, Pelajar Ini Terselamat Dari Nahas Sriwijaya Air

Suratan atau kebetulan, siapa sangka siapa menduga, kerana patuh pada perintah ibu untuk tidak pulang ke rumah, seorang pelajar kolej di Jogja terselamat dari tragedi pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di sekitar Kepulauan Seribu, Jakarta.

Menurut portal Suara.com, Agustiawan adalah seorang pelajar kolej di Yogyakarta berasal dari Singkawang, Kalimantan Barat. Agustiawan dikatakan akan terbang ke Pontianak dengan menaiki pesawat Sriwijaya Air SJ182 dari Jakarta, pada sabtu petang (9/1/2021).

Gambar : Suara.com

Dia dipercayai merancang pulang ke rumah untuk menziarahi ibunya yang sakit. Tetapi rancangan itu dibatalkan setelah Agustiawan menghubungi ibunya. Si ibu melarang Agustiawan pulang ke Pontianak. Berkat daripada larangan ibunya itu, Agustiawan membatalkan hasrat menaiki pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang akan berlepas pada sabtu petang sebelum insiden pesawat terhempas itu berlaku.

Pelajar itu terselamat dari tragedi Sriwijaya Air yang terhempas kerana si ibu melarangnya pulang ke rumah. Si ibu memintanya untuk tetap tinggal di Jogja dan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap peperiksaan.

Agustiawan mengatakan bahawa dia merancang perjalanannya dari Jogja ke Jakarta dan kemudian ke Kalimantan Barat, tetapi dia harus membatalkan perancangan itu setelah menghubungi ibunya dan dihalang untuk pulang.

Sekiranya Agustiawan tidak dihalang oleh ibunya,dia akan berangkat ke Kalimantan Barat pada 9 Januari 2021 pada sebelah petang dengan menaiki pesawat Sriwijaya Air SJ182.

Agustiawan bersyukur kepada Allah SWT dan mengucapkan terima kasih kepada ibunya dan bersyukur kerana dia masih diberikan perlindungan berkat pada patuh larangan ibu. Dia juga dikatakan masih berharap ada berita baik dari penumpang dan anak kapal pesawat Sriwijaya Air SJ182.

Sumber : Suara.com

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.