Apabila ingin mengubahsuai rumah, banyak yang perlu dititikberatkan terutamanya kos yang sememangnya tinggi.
Ruang seperti dapur pastinya memakan kos yang banyak. Namun, anda sebenarnya boleh mengubah sendiri ruang tersebut tanpa perlu mengupah orang lain.
Seperti yang dimuatnaik oleh Azman Man di page Tukang Apa Hari Ini, dia berkongsi hasil kabinet dapur yang dibuat sendiri olehnya.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
DIY Kabinet dapur sendiri.. Masa nak buat 50/50 yakin dengan tak yakin jadi. Isteri nak kabinet design macam dia tengok dekat swiss masa bercuti, semua laci kat dalam, nampak simple, so tanya kedai harga memang agak tinggi sehingga 5 angka.
Beranikan diri buat sendiri.. pergi ikea tengok sample kabinet dan tiru sikit-sikit.. Alhamdulilah siap walaupun hampir sebulan nak siapkan.
Buat sorang-sorang. Kos beli barang kasar dalam RM1600 + barang2 kecik2 sy agak dalam 2k siap semua, siap kabinet bawah, kabinet atas dan kabinet peti ais.
* Saya guna base plywood 18mm, 2 keping RM180
* Laci, kabinet atas dan kabinet peti ais saya guna chipboard( harga 95/pcs + siap potong RM25) guna 5pcs chipboard saiz 6×8 kaki).. ukur saiz yg kita nak & kilang potong, balik skrew je.
* Table top beli kat hardware 12×2 kaki ( RM280 )
* Semua pintu kabinet sy guna Arcylic 1mm
RM 60/pcs ( Guna 6 pcs / 4×6 kaki )
* Sticker white glitter untuk pintu juga RM200 ( 10 meter )
Itu je kos yg besar yang lain-lain harga murah-murah je ( saya tak kira berapa 😅 )
Ada lebih chipbord sikit saya buat table bar untuk duduk berdua.
Kalau ada kemahiran sikit, pandai ukur saiz yang tepat, ada masa dan keberanian, insyaAllah boleh buat.
Harga dapat jimat banyak kalau boleh buat sendiri.


Sumber: Azman Man