Seorang jururawat dilaporkan telah menjalani kuarantin di dalam karavan selama sembilan bulan demi melindungi ibunya daripada dijangkiti wabak COVID-19. Namun begitu, dirinya mendakwa berjaya kembali ke rumah bulan lalu setelah ibunya menerima suntikan vaksin COVID-19.
Jururawat Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), Sarah Link dan suaminya, Gary tinggal di dalam karavan yang diparkir di laluan masuk kediaman mereka di Cradley. Tujuannya adalah untuk melindungi ibu Sarah yang berusia 84 tahun dari jangkitan virus berkenaan.
Sarah telah berkhidmat sebagai jururawat selama 17 tahun di Hospital Queen Elizebeth di Birmingham manakala suaminya, Gary menjalankan perniagaan menjual ikan.

Tambahan itu, pasangan tersebut membeli karavan tersebut dengan harga 600 euro (RM3,300) pada bulan Mac ketika awal pandemik COVID-19 sebagai jalan penyelesaian sementara.
“Kami menyangka akan tinggal dalam karavan ini selama empat minggu atau maksimum 12 minggu. Masa kian berlalu akhirnya kami berjaya yang kami masih tinggal di dalam karavan ini selama sembilan bulan,” katanya kepada BBC.
Namun begitu, pasangan tersebut disyaki positif COVID-19 pada bulan Disember yang lalu tetapi mereka dapat menjalani aktiviti kuarantin dengan adanya karavan itu. Sarah mengakui dirinya pernah menangis apabila terpaksa bergelut dengan situasi hidup yang sukar di dalam karavan tersebut. Malah, dirinya mengatakan bukan kerana sokongan suaminya, dia tidak akan berjaya sekarang.
Sumber: Daily Mail