Siakap Keli
Gambar via The Sun UK

Kawasan Lapang Di China Jadi ‘Kubur’ Ribuan Basikal, Menunggu Masa Untuk Dilupuskan

CHINA- Ribuan basikal yang rosak milik sebuah syarikat sewaan di kawasan lapang diibaratkan kubur yang bertujuan untuk dibaiki dan juga dimusnahkan ekoran jumlah yang meningkat setiap hari.

Jurugambar, Jackie Xie berusia 45 tahun yang merakam tempat kejadian mengatakan bahawa basikal rosak itu menunggu giliran untuk dibaiki atau dimusnahkan. Kawasan lapang itu didakwa menjadi tempat simpanan sementara kerana terdapat bangunan baru dibina di situ.

Menurut laporan dari The Sun UK, basikal tersebut merupakan basikal sewaan di mana orang ramai boleh menyewanya dengan mengimbas kod dengan telefon bimbit.

“Selepas menunggang, mereka boleh meletakkan basikal di mana sahaja dengan mengunci basikal itu. Malah harga yang ditawarkan juga sangat murah,” katanya.

Bagaimanapun, Jackie Xie turut mengatakan bahawa fenomena basikal tersebut mengingatkan dirinya tentang bagaimana kita memperlakukan orang ramai dan perkara dalam hidup kita.

Sumber: The Sun UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.