Lapan gorila di Taman Safari Zoo San Diego di Amerika Syarikat dilaporkan positif COVID-19 yang dipercayai merupakan kes pertama yang terjadi kepada haiwan berkenaan.
Pegawai eksekutif zoo tersebut berkata, pihaknya telah menguji sampel najis gorila yang dilakukan oleh Makmal Perkhidmatan Veterinar Nasional Jabatan Pertanian AS selepas dua gorila itu mengalami batuk pada 6 Januari yang lalu.
Menurut laporan, kemungkinan haiwan tersebut dijangkiti daripada petugas yang didakwa tidak mempunyai gejala walaupun langkah keselamatan COVID-19 dipatuhi sepanjang berada di sekitar gorila.
Hal ini, gorila itu dilaporkan berada dalam pemantaun yang ketat dan didakwa akan tinggal di habitat mereka di utara San Diego. Buat masa ini, gorila berkenaan diberikan vitamin, makanan dan minuman namun tiada rawatan khusus untuk merawat virus tersebut.
Oleh hal demikian, Taman Safarai Zoo San Diego yang menjadi tarikan pelancong terpaksa ditutup kepada umum sejak awal Disember yang lalu ekoran keselamatan haiwan dan juga pelancong.
Sumber: Daily Mail