Siakap Keli
Kredit: Google

“Masa Itu, Terpulang Kepada Rakyat Untuk Pilih Kerajaan Mana Yang Layak…”, PM Jelaskan PRU Hanya Diadakan Selepas Jawatankuasa Bebas Perakui COVID-19 Sudah Reda

PUTRAJAYA, 12 Jan – Rakyat bebas untuk memilih kerajaan dalam pilihan raya sebaik sahaja wabak COVID-19 berakhir kelak, umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyidin memberi jaminan bahawa pilihan raya umum hanya akan diadakan selepas Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan memperakukan bahawa pandemik telah reda atau pulih sepenuhnya.

“Pada masa itu terpulanglah kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang layak untuk mentadbir negara ini dan menjaga kebajikan saudara-saudari sekalian.

“Inilah komitmen dan akujanji saya yang akan saya tunaikan, InsyaAllah,” katanya dalam Pengumuman Khas Darurat hari ini.

Dalam masa sama, Muhyiddin menyeru semua ahli politik untuk mengenepikan fahaman politik masing-masing demi memberi fokus kepada usaha kerajaan menangani cabaran pandemik.

Terdahulu, YDPA berkenan untuk mengisytiharkan Darurat sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal jika pandemik COVID-19 dapat dikawal.

Baginda turut memperkenan penubuhan satu Jawatankuasa Khas Bebas yang dianggotai ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, pakar-pakar kesihatan serta pihak-pihak berkaitan.

Antara tugas jawatankuasa ini adalah untuk memberi syor kepada Baginda sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'