Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah merubah banyak perkara. Mengimbas suhu adalah perkara wajib yang perlu dilakukan jika memasuki premis perniagaan agar dapat memastikan individu bergejala tidak terus masuk ke premis. Namun, tindakan segelintir masyarakat yang mengimbas suhu pada bahagian tubuh badan yang lain adalah tidak digalakkan kerana ia tidak akan memberikan bacaan suhu badan yang tepat.
Menerusi perkongisan di akaun rasmi Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan tangan atau bahagian lain untuk mengimbas suhu apabila memasuki sesuatu premis perniagaan. Berikut adalah perkongsiannya :
Masih ramai yang memandang remeh apabila meletak tapak tangan pada alat pengimbas suhu sebelum memasuki premis.
Pemilik premis sepatutnya lebih tegas dan menasihatkan pengunjung terlibat supaya mematuhi peraturan kerana suhu badan yang tepat hanya boleh diambil pada dahi.
Suhu normal bagi manusia ialah antara 36 hingga 37.5 darjah celcius dan lebih dari itu dikira demam.
Mereka yang bergejala seperti demam tidak sepatutnya merayau ke sana dan ke sini.
Masih ramai yang memandang remeh apabila meletak tapak tangan pada alat pengimbas suhu sebelum memasuki premis.Pemilik…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, January 11, 2021
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia