Siakap Keli

TERKINI DARURAT: Bukan Rampasan Kuasa Tentera, Perintah Berkurung Tidak Akan Dilaksanakan – PM

PUTRAJAYA, 12 Jan – Pengisytiharan darurat yang diperkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah ini bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan seperti yang dibimbangi rakyat.

“Sebaliknya sepanjang tempoh darurat ini, kerajaan awam akan terus berfungsi. Biar saya tunjukkan kerajaan pembangkang juga akan berfungsi.

“Daripada segi pentadbiran kerajaan, jemaah menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri akan terus berfungsi menurut Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan oleh YDPA dari semasa ke semasa.

“Saya memberi jaminan bahawa jentera pentadbiran dan perkhidmatan awam kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan darurat ini,” katanya dalam Pengumuman Khas Darurat hari ini.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'