Siakap Keli

TERKINI DARURAT: PRU,PRN Dan PRK Tidak Akan Diadakan Semasa Darurat Berkuatkuasa

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui Pengumuman Khas Darurat hari ini memaklumkan bahawa pilihan raya tidak akan diadakan sepanjang darurat berkuatkuasa.

“Sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa, Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan,” katanya.

Menurutnya, rakyat tidak mahu pilihan raya diadakan buat masa ini untuk mengelakkan wabak COVID-19 merebak seperti yang berlaku selepas pilihan raya negeri Sabah.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh YDPA.

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story