Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Viral Video Penumpang Didakwa Kencing Dalam Tren, Bikin Warganet Berang

LONDON – Baru-baru ini menjadi tular di media sosial rakaman video yang memaparkan kelakuan seorang penumpang London Tube yang didakwa bertindak membuang air kecil di dalam tren. Kejadian tersebut berlaku ketika tren berada dalam perjalanan menuju ke Wimbledon.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk dengan keadaan kakinya yang sedikit terkangkang.

Aliran cecair yang dilihat keluar di antara kakinya, walaupun tidak sepenuhnya jelas dari mana sumber cecair yang mencurigakan itu. Tatkala itu, penumpang lain tidak menyedari kejadian yang berlaku ketika cecair mulai menitis ke lantai tren tersebut.

Gambar via Daily Star

Namun begitu, segelintir netizen yang melihat rakaman tersebut mendakwa bahawa ia berkemungkinan adalah ‘prank’ semata-mata.

Jurucakap Polis Pengangkutan Britain mengatakan pihaknya memaklum video berkenaan dan melaporkan siasatan mengenai kejadian tersebut sedang berlangsung.

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia