Sejak seluruh dunia dijangkiti dengan penyakit Covid-19, beberapa buah negara telah diisytiharkan ‘lockdown’ atau perintah berkurung. Orang ramai ditegaskan supaya tidak keluar masuk ke sesuatu bangunan atau mana-mana kawasan secara bebas atau sebab-sebab yang lain.
Negara yang dikenakan ‘lockdown’ tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar rumah mahupun keluar beli makanan atau keperluan lain dalam tempoh yang ditetapkan. Perintah berkurung ini disama ertikan dengan darurat, jika mahu keluar rumah perlu mengikut masa yang ditetapkan dan diiringi dengan pasukan keselamatan.
Mungkin ada sesetengah dari mereka tidak boleh berkurung lama di rumah disebabkan tiada aktiviti yang boleh dilakukan. Ada yang mengalami tekanan, emosi dan jiwa tidak tenteram sepanjang berbulan-bulan duduk di rumah.
Berikut merupakan antara cara dan langkah yang boleh dilakukan di rumah semasa menghadapi ‘lockdown 2.0’ :
(1) Ubah fikiran menjadi positif
Setiap fikiran yang terlintas akan membentuk perasaan yang dialami oleh seseorang. Mungkin ada sesetengah yang merasakan fikiran semakin buntu, kerja banyak tertangguh apabila berada di rumah. Otak dan fikiran yang sentiasa dipengaruhi fikiran yang negatif akan membuatkan seseorang menjadi sedih, kecewa dan derita.
Dalam tempoh perintah berkurung, anda mempunyai banyak masa di rumah untuk tenangkan fikiran, buang perkara-perkara yang lama yang menjatuhkan hidup anda. Selain itu, dalam tempoh yang agak lama duduk di rumah, anda boleh luangkan masa bersama-sama keluarga sekaligus mereka boleh membantu memberi kebahagiaan kepada anda menenangkan fikiran anda.
Mereka yang sentiasa berfikiran positif, segala urusan dan pekerjaan menjadi mudah dan senang. Hal ini kerana berfikiran positif memberikan hati yang tenang dan mudah untuk melakukan apa-apa tugasan. Oleh itu, dalam tempoh anda duduk di rumah, sentiasa berfikir ke hadapan supaya anda dapat bangkit dari kesilaapan-kesilapan yang lepas.
(2) Melakukan senaman
Dalam tempoh perintah berkurung, ini lah masa untuk anda memberi sedikit ruang supaya badan anda sihat dan cergas. Mungkin dalam masa anda sibuk bekerja ke pejabat, anda tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman. Ada yang keluar pada waktu pagi dan pulang sehingga waktu malam. Pun begitu, ada juga yang terpaksa bekerja pada hari sabtu atau ahad. Oleh itu, gunakan masa yang ada di rumah untuk melakukan senaman yang menyihatkan di rumah seperti berlari setempat, workout, yoga dan sebagainya.
Selain itu, sekiranya anda berasa berat dan sukar melakukan senaman, anda juga boleh cuba berjalan kaki selama 5 minit di keliling rumah. Ia adalah permulaan yang baik bagi mereka yang baru mula melakukan senaman setelah lama tidak lakukan. Justeru, dengan melakukan aktiviti ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan kesihatan sekaligus mencerdaskan minda anda untuk melakukan sebarang kerja di rumah.
(3) Cipta hobi baru dengan orang yang tersayang
Ada sesetengah dari mereka mempunyai hobi dan bakat yang terpendam. Namun disebabkan kesibukan kerja dan belajar, bakat tersebut tidak dapat diasah. Sehubungan dengan itu, dalam tempoh perintah berkurung yang ditegaskan oleh pihak kerajaan, anda boleh asah bakat dan hobi yang baru di rumah. Ibu bapa juga boleh mengajar anak-anak yang kecil seperti melukis, mewarna dan sebagainya.
Selain itu, anda juga boleh belajar menu masakkan yang baru untuk memenuhi masa yang terluang di rumah. Justeru, dengan melakukan aktiviti seperti itu, anda dan sekeluarga dapat mengeratkan hubungan sekaligus dapat menguatkan ketahanan fizikal seseorang.
(4) Membersihkan diri
Semasa anda duduk di rumah, pelbagai trim kecantikan yang anda boleh lakukan. Antaranya anda boleh buat rawatan penjagaan kulit, rambut, kuku dan sebagainya. Di samping itu, anda juga boleh mengambil sedikit masa untuk memastikan kebersihan anak-anak lebih bersih dari sebelumnya. Mungkin sebelum ini ada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke luar dan tiada masa untuk menjaga kebersihannya. Justeru, ambil masa dan peluang ini untuk memberi sepenuhnya perhatian kepada anak-anak supaya mereka juga dapat merasakan kasih sayang dari ibu bapanya.
Selain itu, anda juga boleh mengambil masa yang terluang dengan menjaga kulit seperti memakai skincare dan apa-apa jenis produk yang melindungi kulit muka. Kulit anda akan mendapat hasil yang memuaskan sekiranya anda membuat rawatan yang baik semasa duduk di rumah.
Kesimpulan
Jika anda sentiasa meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti yang bemanfaat di rumah, anda tidak akan mempunyai masalah jika berhadapan dengan ‘lockdown 2.0’. Mental dan fizikal anda juga menjadi kuat jika anda sentiasa berfikiran terbuka dan positif.
Elakkan mengeluh dalam melakukan sebarang aktiviti dan pekerjaan. Apabila hati gembira dan tenang, mudah untuk kita melakukan kerja. Justeru, dalam tempoh perintah berkurung ini, pastikan anda mencipta sesuatu yang baru di rumah supaya mengelakkan anda bosan dan meningkatkan kecergasan kesihatan setiap hari.
Sumber : Harpersbazaar