Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

COVID-19: 11 Kluster Baharu Telah Dikesan Termasuk 1 Kluster Libatkan Majlis Perkahwinan

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 11 lagi kluster baharu yang dikenal pasti hari ini.

Antara kluster yang berjaya dikenal pasti itu adalah Kluster Taman Integrasi, Kluster Jalan Ijuk, Kluster Jalan Rami, Kluster Kota, Kluster Tanjung Megah, Kluster Jalan Kasturi, Kluster Jalan Thamby, Kluster Taman Batik, Kluster Bukit Bakar, Kluster Kampung Tengah dan Kluster Dialisis Malim.

Berikut adalah perincian berkenaan kluster-kluster yang berjaya dikenal pasti pada hari ini:

KLUSTER TAMAN INTEGRASI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang tersebut yang  terletak di Rawang Integrated Industrial Park. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 250 individu telah disaring, di mana 119 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN IJUK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat, Sepang, Klang dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang  terletak di Jalan Ijuk 26/5, Hicom Industrial Estate, Shah Alam. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 262 individu telah disaring, di mana 99 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN RAMI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132549) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Saringan seterusnya di tempat kerja kes indeks mendapati seramai 111 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang terletak di Jalan Rami 4, Kawasan Perindustrian Bukit Pasir, Muar, Johor. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 241 individu telah disaring, di mana 112 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KOTA

Kluster Ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-110221) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Teluk Jeri, Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 397 individu telah disaring, di mana 57 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TANJUNG MEGAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132447) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada gabungan nama tempat kerja dan tempat kediaman kes indeks iaitu di Taman Megah, Pontian, Johor. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN KASTURI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat pengawal keselamatan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kediaman kes-kes yang dilaporkan dalam kluster ini iaitu di Jalan Hang Kasturi. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN THAMBY

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat pengawal keselamatan. Nama kluster ini merujuk kepada alamat tempat tinggal kes-kes yang dikesan positif  iaitu  di Jalan Thamby Abdullah, off Jalan Sambathan, Brickfields. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAMAN BATIK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda dan Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135722) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah pasaraya yang terletak di Taman Batik, Sungai Petani. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BUKIT BAKAR

Kluster ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115060) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada alamat kediaman rumah kes indeks iaitu di Kampung Padang Malar, Bukit Bakar, Machang. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG TENGAH

Kluster ini melibatkan sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-127016) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokasi penganjuran majlis berkenaan iaitu di Kampung Tengah, Mantin Dalam, Mantin, Seremban. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER DIALISIS MALIM

Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130982) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan iaitu di sebuah pusat dialisis yang terletak di Jalan Malim, Balai Panjang, Melaka. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Malaysia Lakar Sejarah Penting, Visi Putrajaya 2040 Dapat Kata Sepakat Pemimpin Negara Asia Pasifik

Posted by Siakap Keli on Thursday, December 24, 2020

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.