Siakap Keli
Kredit: Bernama

COVID-19: Dua Kes Baharu Dilaporkan Di Pulau Langkawi Jadikan Status Bertukar Ke Zon Kuning

Langkawi kini disahkan menjadi zon kuning COVID-19 susulan dua kes baru dilaporkan di daerah tersebut.

Menerusi kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi sebentar tadi, kedua-dua kes berkenaan masing-masing melibatkan satu kes di Mukim Air Hangat dan satu di Mukim Kedawang.

Susulan itu, orang ramai diingatkan agar menjaga diri dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian bagi melindungi diri dari virus ini.

Semalam, KKM mengesahkan hanya dua daerah di Semenanjung yang menjadi zon hijau COVID-19 iaitu Langkawi dan Hulu Terengganu.

Angka kumulatif kes COVID-19 di Malaysia setakat hari ini telah mencecah 141,533 kes dengan 30,390 kes aktif.

Laporan Harian COVID-19 Di Langkawi

[Kemaskini pada Rabu 13hb Januari 2021]

Dukacitanya dimaklumkan terdapat Dua (2) kes baharu hari ini dilaporkan di Pulau Langkawi menjadikan Pulau Langkawi kini bertukar ke Zon Kuning.

1 – Mukim Air Hangat
1 – Mukim Kedawang

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ

Jaga diri & keluarga. Covid sudah berada di sekeliling kita sekarang. Penting sangat Amalkan NORMA BAHARU dalam kehidupan seharian kita seperti sentiasa memakai pelitup muka, sentiasa mencuci tangan, jaga penjarakan fizikal dan menggunakan aplikasi MySejahtera di setiap premis yang dikunjungi.

Jadilah pemutus bukan pencetus rantaian COVID-19.

Sumber: Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi

Amira

Love yourself.