Siakap Keli

Ini Cara Bagaimana Membersihkan Kaca Yang Bertempiaran, Gunakan Kentang

Membersihkan pecahan kaca memang harus dilakukan dengan sangat teliti, sebab biasanya pecahan kaca akan bertempiaran dari tempat terjatuhnya kaca tersebut. Hal ini akan membuat pembersihan semakin sukar, kerana biasanya pecahan yang berbentuk kecil akan masuk ke bawah furniture dan akan sukar untuk dicari. Lantas, bagaimana caranya membersihkannya? Dipetik dari The Kitchn, terdapat beberapa bahan yang dapat membantu mencari pecahan kaca tersebut.

Kentang

Untuk membersihkan pecahan kaca kecil, anda boleh menggunakan kentang. Ambil kentang mentah lalu potong menjadi dua dan tekan di permukaan lantai yang ada pecahan kaca kecilnya kemudian pecahan akan melekat pada kentang.

Potongan roti

Bukan hanya untuk dimakan, namun sepotong roti dapat digunakan untuk mengangkat serpihan kaca. Tekstur roti akan dapat mengangkat serpihan kaca tersebut dengan bersih.

Selotip

Jika sukar untuk mengangkat serpihan kaca, gunakan selotip untuk membantu membersihkannya. Gunakan selotip paling tebal dan lebar untuk menghindari melukakan diri sendiri, lalu tempelkan ke bahagian permukaan yang ada serpihan kaca.

Tisu Basah

Untuk mengangkat serpihan kaca, anda juga boleh melipat tisu basah beberapa kali, lalu basahkan sebelum ditekan ke dalam pecahan kaca. Pastikan kertas terlipat cukup tebal sehingga potongannya tidak akan menembus kertas.

Sumber- Thekitchn

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.