Seorang pengguna Reddit yang dikenali sebagai purple-circle yang berasal dari barat Australia telah berkongsi kisahnya di mana dirinya mendapat laluan masuk kereta konkrit secara percuma.
Difahamkan, dirinya tidak menempah atau mengupah mana-mana syarikat untuk membina laluan masuk konkrit atau laluan masuk yang lain. Hal ini dikatakan, dirinya hanya menghabiskan masa selama 10 jam di tempat kerja.
Menurut laporan, dirinya mendakwa terdapat sebuah syarikat pembinaan yang tersilap membaca alamat ekoran rumah di kawasan perumahan tersebut mempunyai rekaan yang hampir sama.

Tambahan itu, kos laluan masuk tersebut bukanlah murah. Meninjau ke ruangan komen, para netizen mendakwa bahawa kos laluan masuk tersebut dianggarkan mencecah sekitar $7000 (RM28,000) hingga $10,000 (RM40,000).
Oleh hal yang demikian, syarikat pembinaan itu menawarkan laluan tersebut kepada dirinya secara percuma atas kecuaian yang berlaku. Bahkan, ia dianggap sebagai pengajaran buat syarikat berkenaan supaya sentiasa fokus memeriksa butiran pelanggan.
Sumber: Reddit