Setiap anjing mempunyai pelbagai jenis spesies dan bulu. Ada anjing berbulu lebat, lurus dan keriting. Pemilik anjing dari Jepun ini mempunyai bulu jenis keriting yang disebut sebagai spesies anjing pudel. Penampilan anjing beliau kelihatan seperti normal namun beliau merasakan anjing miliknya harus diubah ‘style’ bulunya bimbang ia menyakitkan kerana bertambah lebat.
Menurut pemilik anjing Yoriko Hamachiyo, beliau mengambil masa selama 2 jam untuk memastikan anjingnya yang berusia tujuh tahun itu mempunyai bulu berbentuk biri-biri.
“Anjing saya sering menjilat tapak kakinya supaya kelihatan bersih, namun air liurnya seringkali membuatkan bulunya terasa sakit. Itu lah sebab saya terfikir untuk ubah ‘style’ bulu anjing pudel saya”, katanya.
Selain itu, Yoriko yang berusia 42 tahun itu menyatakan anjing pudelnya itu mempunyai sifat badan yang membongkok dan cara terbaik untuk menutupi kekurangannya itu adalah dengan ubah ‘style’ bulu menjadi lebih menarik.
“Walaupun ia dilahirkan seperti anjing, namun tidak salah jika saya ingin ubah ‘style’ bulu anjing saya seperti biri-biri kerana itu adalah pilihan saya. Juga, walaupun anjing saya adalah jenis pudel, tidak semestinya ia harus menjadi seperti pudel”, katanya.
Gaya biri-biri seperti yang dilakukan oleh pemilik anjing ini sebenarnya popular kerana telah dilakukan oleh ramai di Jepun. Cuma, yang membezakan anjing Yoriko ini dengan anjing lain adalah cara dirawat dan dijaga.
“Anjing saya sangat comel, manja, periang, penyayang dan sangat berbeza dengan sifat anjing yang lain”, katanya.
Sumber : The Sun