Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, mak dan ayah tidak lepaskan peluang untuk menjadi ‘cikgu’ di rumah sepanjang sekolah ditutup.
Pelbagai jenis nilai dan kepandaian yang boleh digunapakai oleh ibu bapa dan penjaga mengajar anak-anak dirumah.
Seperti Ketua UMNO bahagian Rembau Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat ini mengambil peluang mengajar cucu kesayangannya matematik curi perhatian warganet.
“MCO dgn Atuk kena buat latihan matematik”
MCO dgn Atuk kena buat latihan matematik👨👧
Posted by Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan on Tuesday, January 12, 2021
Sifat kasih sayang kepada cucu ini tidak dinafikan lagi, bak kata orang mereka lebih sayangkan cucu dari anak. Ya, PKP ini merupakan satu rahmat buat kita semua untuk berada di sisi keluarga tercinta.
Sumber: Facebook Tok Mat