Siakap Keli
Kredit: Google

Menyentuh Hati, Lelaki OKU Tawarkan Kasut Untuk Sedekah, Hanya Perlukan Sebelah Sahaja

Seorang individu dipercayai kelainan upaya menyentuh hati orang ramai apabila ingin mendermakan sebelah kasutnya kepada orang lain.

Berdasarkan perkongsian Daily Star, seorang pelanggan yang ingin membeli sepatu berjenama untuk ayahnya telah membaca ulasan pembeli di laman web jenama tersebut.

Apa yang menarik perhatian ialah ulasan salah seorang pelanggan yang menawarkan sebelah kasutnya secara percuma kepada sesiapa yang mungkin kehilangan kasut mereka. Kata pelanggan itu, dia telah kehilangan kaki kanan lima tahun lalu dan hanya memakai sebelah kasut sahaja.

“Lima tahun lepas saya hilang kaki kanan, jadi saya tak pernah pakai selipar sebelah kanan.

“Jadi jika anda hilang sebelah kasut dan memakai saiz 8 dan perlukan selipar sebelah kanan, saya izinkan M&S (jenama) berikan anda alamat emel saya, jadi anda boleh dapat satu percuma. Hanya perlu hubungi saya,” katanya.

Ulasan itu telah ditangkap layar oleh seorang artis suara, Jayne Sharp yang berkongsi paparan berkenaan di Twitter. Ciapan itu membuatkan orang ramai tersentuh dengan niat murni lelaki terbabit.

“Saya rasa ada sesuatu di mata saya,” katanya.

Sumber: Daily Star