Memandu dalam perjalanan yang jauh sudah pasti membuat kita berasa letih dan memaksa diri untuk berhenti berehat seketika di mana-mana kawasan rehat tersedia dan melelapkan mata. Ramai mula sedar akibat tidur dalam keadaan enjin kenderaan yang masih terbuka adalah tindakan yang akan memakan diri sendiri.
JPJ Malaysia di Twitter berkongsikan tindakan wajar yang perlu anda lakukan sebelum berehat di dalam kenderaan, berikut adalah perkongsiannya :
1. Pastikan sistem ezsos tidak ada kebocoran.
2. Jangan hidupkan enjin di kawasan tertutup/garaj.
3. Service kereta mengikut jadual di bengkel yang diiktiraf pengeluar.
4. Sistem aircond berfungsi dengan baik.
5. Jika tingkap dibuka pastikan tidak menghadap ekzos kenderaan/ lori lain.
6. Keluar sebentar dari kereta untuk melancarkan peredaran darah.
Jika tidak dapat pastikan, elakkan tidur di dalam kereta kerana KARBON MONOKSIDA tidak dapat dilihat, dibau, didengar tetapi boleh dicegah.
ELAKKAN TIDUR DALAM KERETADENGAN ENJIN TERBUKA pic.twitter.com/avi8XtTxrV
— JPJ Malaysia (@JPJ_Malaysia) January 7, 2021
Sumber : JPJ Malaysia