Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara kita bagi membendung penularan Covid-19 ternyata memberikan impak kepada setiap lapisan rakyat.
Antaranya, ada yang terjejas dari segi pendapatan dan kehilangan pekerjaan kerana syarikat sudah tidak mampu lagi untuk beroperasi.
Menerusi perkongsian oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Rais di Twitter, dia mengalami nasib sama apabila kehilangan pekerjaan susulan PKP yang dilaksanakan kelmarin.
Dia yang sepatutnya mula bekerja pada minggu hadapan, mendapat pesanan daripada majikannya sehari sebelum PKP, memberitahu bahawa dia tidak perlu untuk masuk bekerja.
Ini kerana syarikat tersebut terpaksa membuat keputusan mengurangkan pekerja akibat PKP yang dilaksananakan.
Seronok kan PKP?
seronok kan pkp? 😊 pic.twitter.com/ldvsGhZZ9b
— Rais (@thecakelapiz) January 12, 2021
Belum masuk kerja lagi dah kena buang..
Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan sokongan kepada Rais supaya tidak berputus asa kerana rezeki ada di mana-mana.
Tidak kurang juga yang turut berkongsi nasib yang sama apabila mereka turut kehilangan pekerjaan akibat PKP.
Ada rezeki yang lebih baik akan datang..
Saya dah 7 bulan menganggur..
Sama nasib..
Sumber: Twitter Rais