Siakap Keli
Gambar Via Free Press Journal

“Siap Ada ‘Special’ SMS,” Lelaki Kongsi Cara Nak Buat ‘Wasiat’ Google, Lengkap Dengan Pesanan & Akses Untuk Penerima

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa sangka bahawa teknologi digital pada hari ini telah menjadi perkara penting yang perlu ada bagi setiap orang.

Seperti yang diketahui, kebanyakan orang menggunakan akaun Google bagi mendapatkan akses kepada semua media sosial, permainan, Emel dan sebagainya.

Pun begitu, pernahkah anda terfikir apa yang akan terjadi pada akaun Google jika anda sudah tiada lagi di dunia ini?

Sebenarnya anda boleh sahaja tidak memikirkannya namun mungkin ada maklumat penting yang disimpan oleh anda yang perlu diketahui oleh orang sekeliling.

Bagi yang masih tidak tahu, Google sebenarnya mempunyai tetapan yang membolehkan anda membuat ‘wasiat’ kepada kenalan anda jika anda sudah lagi tidak menggunakan akaun Google itu.

Menerusi ciapan seorang pengguna Twitter, ChairmanGLC, beliau berkongsi mengenai ‘wasiat’ Google atau dikenali sebagai Google Inactive Plan.

Siap ada special SMS

Melalui pautan yang dikongsikan itu, anda boleh menetapkan sesiapa sahaja untuk menguruskan akaun itu.

memaklumkan kepada individu yang disenaraikan untuk mengakses atau menguruskan akaun anda.

Anda boleh memilih tempoh waktu selama beberapa bulan selepas anda tidak lagi aktif menggunakan akaun Google untuk memberi notifikasi pada kenalan.

Tidak cuma itu, anda boleh menetapkan autoreply jika seseorang menghantar Emel pada anda ketika akaun itu tidak lagi aktif.

 

Lebih penting, anda boleh menyenaraikan seramai 10 kenalan untuk mendapatkan notifikasi jika anda sudah lagi tidak aktif menggunakan akaun Google anda.

Anda juga boleh meninggalkan ‘wasiat’ anda dengan menulis mengenai apa sahaja yang anda mahu kepada kenalan tersebut dan memberi peluang kepada mereka untuk mengakses apa sahaja maklumat dan data yang ada di dalam akaun Google itu.

Jangan risau jika ingin mengubah fikiran, anda boleh menyunting semula apa-apa maklumat di dalam ‘wasiat’ tersebut atau mematikan tetapan itu.

Dengan adanya tetapan ini, anda tidak lagi perlu risau jika sesuatu terjadi pada masa hadapan kelak.

Sumber: ChairmanGLC